Pages

Friday, March 19, 2010

Menjejak anak saudari

Nama kakak ku Maheran bt abdul Wahab. sekarang tinggal di Felda Sg Koyan 3 Raub Pahang.Kakak ku ibu tunggal. suaminya dah meninggal beberapa tahun lalu. Aku memang sayang kat kakak ku ini. Ibu meninggal umur ku 5 tahun. sejak itu kakak le yang membela aku. bila dia pindah ke Felda Sg Koyan mengikut suaminya waktu itu, aku kecewa sangat. sekarang ni aku teringat kat dia....sehat ke dia...bagaimana kehidupannya kini....aku lama xjumpa dia.
masa sebelum pindah ke Sg Koyan, kakak ku pernah bagi pada sepasang suami isteri seorang anak lelaki yang baru lahir, kakak ku berniat, anak yang ketiganya akan diberi pada orang. pasangan itu, suaminya berkerja sebagai seorang askar di Ulu Kinta Tg Rambutan Perak. pasangan itu berasal dari Kelantan. selepas dia ambik anak kakak ku itu, pasangan itu terus berpindah ke Kelantan. Dengar ceritanya, pasangan itu minta tukar balik ke Kelantan kerana takut kakak ku suami isteri nak mengambil anak itu balik. kini dah 40 tahun lebih peristiwa itu berlaku. sehingga kini tak tahu kemana anak saudara aku itu. dimana rumahtangganya. kakak ku pernah mencari anaknya itu, tapi tak tahu le berhasil atau tidak. kalau le anak saudara ku ini membaca blok makcik ini, sila le berhubung, dan beri le tahu, bahawa kamu itu berasal dari Kg Kuang Chemor Perak. Kami sekeluarga ingin berjumpa dengan kamu. Malaysia ini bukan luas sangat. boleh cari mak kamu yang sebenar....mak kamu yang melahirkan kamu. ayah kamu sebenar dah meninggal dunia. adik beradik kamu ramai diKL. cuba lah.

1 comment:

  1. nak kena la dia ni..

    bukan blok..

    tapi blog...

    halahai comei..

    ReplyDelete