Pages

Thursday, March 4, 2010

Dugaan ditempoh mesit sabar

Hari ini kereta suami rosak - hantar bengkel - xda kenderaan. Telefon kawan - minta ambik - kawan kata xbawa kereta, sorang lagi x sampai lagi- sorang lagi segan nak minta tolong - malas nak bawa dia masuk sekali dalam masalah kita. Jadi tanpa berfikir panjang akupun berjalan kaki ke sekolah. pergi mesti pergi sebab ini arahan GB. Petang jangan ponteng tugas. Semalam minta xdatang petang nak pergi tengok kak Ipar sakit di Batu Gajah dengan suami. telafon GB - xboleh..xboleh...mesti datang pejabat balik le awal sikit. jadi akupun balik kol 4.00 ptg. Hari ini aku gagah juga pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Aku turun dari rumah jam 2.30 ptg tanpa berpesanpun dengan sesiapa, bagi sms kat GB - lewat sikit sampai sekolah sebab jalan kaki xda kenderaan.... Alhamdullillah...dengan doa yang aku baca sepanjang perjalanan, jam 3.00 ptg aku sampai dengan selamat ke sekolah. walaupun letih, penat, kerana aku ada penyakit asma, panas, kaki dah sakit, lutut dah lengoh berjalan kaki dengan berpayungkan warna pin (payung kacip fatimah) x pernah aku berjalan kaki ke sekolah tapi dengan GB ini - aku tabahkan, kuatkan iman, aku hadir juga ke pejabat. 1 saja yang aku ingat, bahawa aku xmahu teguran dan GB lagi.xmahu minta tolong dari kawan2 lagi serik dah...kalu suami xmahu hantar pun aku boleh dah jalan kaki.syukur alhamdullillah aku ingat sampai mati.sekarang aku rasa dah segar sikit. hatipun dah sejuk sikit..sampai pejabat ada acon...member tegur ...aku xmahu jawab...sebab aku penat dan letih...

1 comment: