Pages

Monday, August 26, 2013

BUKA SEMULA BLOG

Ari ni nak menulis semula dalam blog, tapi ini waktu magrib nanti sambung ye.

Monday, June 11, 2012

semalam fairoz tambah supersport, dapat le tengok bola yang sedang bising2 skrang ni, balik tadi suami tengah tengok bola, tenang ati sikit tengok dia tenang dan seronok, semua ini aku buat untuknya, supaya dia seronok untuk meneruskan hidup ini, Insyallah, pada semua anak-anak ibu dan anak-anak menantu ibu tolong doakan supaya ayah boleh terus hidup dengan tenang bersama kita.
seminggu duduk kat Semenyih umah ita, seronok, kami berkumpul di sana, bawa suami, jalan2 supaya boleh tenang sikit hatinya, menantu baru pun ada tapi dia demam, tak brmain pun dengan Qalisya, sykur Alhamdulillah, setakat ini keluarga ku bersatu hati antara adik beradik.

Wednesday, January 4, 2012

risau

entah kenapa malam ini, hati ini resah gelisah, xsenyum kata anak2. senja tadi dapat telefon dari Ita, anak perempuanku, berulang-alik ke ampang putri, dia ambil cuti seminggu untuk berehat, atas arahan doktor, sepatutnya waktu ini aku ada disampingnya melihat kesihatannya, tapi aku xberdaya, ini buat aku resah agaknya, sepatutnya aku yang sakit bukan dia, tapi kau mesti tabah, kuatkan hati, kuatkan iman, ikut nasihat doktor, semoga cepat sembuh ye, ibu doakan selalu untuk kamu.

Tuesday, January 3, 2012

t

sampai umah dah, 4 ari kat semenyih. sambut tahun bru kat sana. tapi badan x sehat pulak, demam, batuk, asma sebagainya/ macam mana nak menjangkau tahun2 akan datang. serah pada Allah.

Friday, December 23, 2011

Hospital Teluk Intan

Tersebut al kesah, ada pertandingan portal hospital seluruh Perak. Yang menang Hospital Teluk Intan No 1, Hospital Teluk Intan buat doa kesyukuran lagi atas kemenangan tersebut. tapi pihak hospital ada ke tahu pihak yang membina portal tersebut, emaknya yang tau, betapa rebut masa membuat portal tersebut, duduk di Teluk Intan dua tiga ari, kerana menyiapkan portal tersebut, termasuk le portal hospital S.siput. Tapah, Ipoh. Tg.Rambutan dan banyak lagi di seluruh Perak termasuk le Teluk Intan, tapi pihak hospital Teluk Intan tidak mengingat pun orang yang dibelakang portal tu, jemput dan ucap tahniah pun tidak. Ini le dunia... sabar ye nak, buat kerja dengan iklas, Kalau kerja yang baik tu, sampai bila pun Allah nampak, walaupun manusia xnampak.