Pages

Thursday, June 17, 2010

Dah lama tak tulis blog ni. Entah tak tau kenapa, banyak cerita tapi tak tau nak mula dari mana. Hari ini keputusan temuduga guru yang faizal hadiri bulan sudah telah diketahui melalui internet. Syukur..Alhamdulillah berkat doa ibu siang dan malam, faizal berjaya dalam temuduga itu. Kalau tak ada aral melintang, bulan hadapan faizal pindah le ke KL untuk mengikuti kursus tersebut. Tinggal le Zamrud. Kalau tak silap 3 Julai di UITM Shah Alam. Fairoz pula masuk balik ke UIAM 12 julai. jadi semuanya pindah ke KL. Tidak ada apa yang paling mengembirakan selain dari kejayaan anak2 dalam bidang masing2. Semoga hidup anak2 ibu berjaya dan bahagia hingga ke akhir hayat. Tadi ibu dengan suara hati Fairoz, bila dah habis belajar di UIAM dia nak sambung ke Jordan atau Mesir, cita-cita ini dari dulu lagi ibu dengar, Ibu tak menghalang. Usahakanlah, ibu hanya berdoa semoga semuanya berjaya, Insyallah. Ita pula bakal jadi ibu, tak lama lagi, semoganya semuanya selamat. Ibu pula bakal jadi nenek....ye...ye...