Pages

Friday, June 24, 2011

sedih di hati

Tersebutlah al-kisah, kekadang hidup ini, sesama sendiri, sesama Islam, memang memilih kasih sayang, semacam tidak adil, pilih bulu, tak tau mana silapnya. begitu juga adik-beradik, suami isteri, yang ini sayang, yang itu tidak, yang jauh ambil berat, yang dekat tak ambil berat. Tertulis dalam facebook, menziarah sana-sini, ucap sabar, mengeluarkan hadis2 lagi. tapi yang di rumah ini, langsung tak peduli, mereka tak ingat agaknya, Kak Rabitah....macam tak sangka je... orangnya baik, tpi tak tau kenapa ye..sekarang dah tak boleh bercakap, tak boleh bergerak, hidup dia apa kata orang sehat, suami dan anak2 disekeliling. Takda siapa pun yang datang menziarah. adik beradik jauh sekali, anak yang di KL langsung, jenguk tidak, menanya pun tidak. jauh sekali nak menjaga, wang ringgit ...ampon. Ya Allah...ampon kan aku, akhirilah hidup ini dengan kebaikan dan kesenangan, janganlah Kau akhiri hidup ini dengan keburukan dan kepayahan Amin,

Wednesday, June 22, 2011

Akibat terlalu lama sangat posting sebagai seorang guru, walaupun dah ada kelulusan dan latihan perguruan, mereka menjadi seorang penganggur, mereka terpaksa mencari kerja pulak untuk menampung perbelanjaan, setengah pelatih guru tu dah kahwin, dah ada anak, apa nak makan, nak bayar duit kereta, bil-bil. tak tau le sekarang ni, masalahnya, tak ada duit kut... menyebabkan mereka ni lambat dilantik sebagai guru. yang ada pengetahuan sikit-sikit tentang komputer, boleh le mencari sedikit kewangan dengan membuat program dan portal2 pejabat kerajaan, syukur asalkan tidak menganggur, tidak terbuang masa menunggu perlantikan guru. sabar ye ayob.

Monday, June 20, 2011

kesah kucing2 yang meragut hati

Tahun lepas aku bela saekor kucing, kucing tu namanya Bela, ia kucing betina. dalam masa itu anak aku Ita, bawa pula kucing keturunan parsi namanya Busy, dia jantan. ada 2 ekor kucing berkawan baik, tapi Bela bunting bukan baka Busyi. Bela beranak 6 ekor, aku punya sronok, bila ita bersalin, dalam pantang bulan 11 2010, kucing2 tu aku letakkan kat luar, membesar le mereka dengan seronoknya. cerita anak sibela mati 3 ekor, tinggal 3 ekor. dalam masa mereka nak membesar, bela bunting lagi baka sibusyi. dekat nak beranak bela hilang tanpa kesan, nak katakan mati kena langgar, xdapun bangkainya, cari le merata tak jumpa, tak lama lepas tu busyi pulak hilang, masa tu ita dah balik ke kl, bawa q, busyi hilang seperti bela juga, cari merata, tak jumpa,aku ingat ada sendiket kutip kucing, al kisah anak kucing bela yang tiga ekor ni, hidup le dema sukaria tanpa ketahui emak dan bapa angkatnya hilang, dah elok besar, bulat gemok, hilang pula sekor lagi, aku gelo dia belang, yang lain tu bulat dan juling, sebab sekor tu juling, malam ini, aku panggil bulat, tak balik, aku risau nasib yang sama seperti kucing2 yang lain. hati bimbang, sedih mana le dia pegi. kucing2 tu jantan belaka, mungkin hilng nak cari ketenagan. aku dah agak, mungkin yang sekor ni pun akan hilang juga, aku redo sekiranya ini berlaku. semoga esok bulat akan balik.

Sunday, June 5, 2011

bulan rejab

bulan rejab kembali lagi, syukur Alhamdullillah. Panjang umur. bulan depan Shaban dan seterusnya Ramdhan. rasa baru je lagi bulan Ramdhan, syukur, dapat beramal ibadat lagi dalam bulan puasa, meningkatkan lagi setakat yang mampu. berkunjung lagi ke pasar ramadhan. sediakan je poketnya. semoga kita berjumpa di bulan Ramadhan.