Pages

Monday, October 31, 2011

ibu ni dah tua, tak reti nak bermadah, tak reti nak bersajak, namun dihati tetap terasa sedih, rasa risau, rasa susah bila melihat, mendengar, masalah anak2, apa yang dapat ibu buat hanya, berdoa semoga semua anak2 tabah bila diduga oleh Allah, ada hikmah disebaliknya, cuma ibu harap anak2 harus terus berusaha, demi masa depan keluarga dan anak2, ingat Allah bersama mu nak.

Monday, October 17, 2011

kejutan

pada hari jumaat lalu, anak2 buat kejutan, aku teringat sangat qalisha, fairoz ajak berjalan hari sabtu, aku jawab xmau kecuali jumpa cucu di semenyeh. sampai petang aku monyok ingatkan qalisya, balik dari sekolah, rehat kejap, ayob kata, mari bangun jumpa qalisya, rupanya, ita & suami serta cucuku, dah sampai depan umah, dema xbagi tahu yang deme nak balik, aku rasa hilang lengoh2 dibadan, rupanya pukul 2.00 ptg dema dah bertolak, Alhamdulillah, balik juga cucuku.

Friday, October 14, 2011

Rindu.

Dulu bila ada orang merindu cucu, merindu anak-anak, awak buat xfaham je, tapi kini kena batang hidung sendiri baru tau bagaimana merindu cucu, rasa nak terbang jumpa cucu, tapi disini ada insan yang memerlukan, jadi kita toleh ke belakang balik erti sabar, kita selalu berdoa supaya kita menjadi seorang insan yang sabar, kenapa xboleh sabar jumpa cucu, Ya Allah ampon dosaku.