Pages

Friday, December 23, 2011

Hospital Teluk Intan

Tersebut al kesah, ada pertandingan portal hospital seluruh Perak. Yang menang Hospital Teluk Intan No 1, Hospital Teluk Intan buat doa kesyukuran lagi atas kemenangan tersebut. tapi pihak hospital ada ke tahu pihak yang membina portal tersebut, emaknya yang tau, betapa rebut masa membuat portal tersebut, duduk di Teluk Intan dua tiga ari, kerana menyiapkan portal tersebut, termasuk le portal hospital S.siput. Tapah, Ipoh. Tg.Rambutan dan banyak lagi di seluruh Perak termasuk le Teluk Intan, tapi pihak hospital Teluk Intan tidak mengingat pun orang yang dibelakang portal tu, jemput dan ucap tahniah pun tidak. Ini le dunia... sabar ye nak, buat kerja dengan iklas, Kalau kerja yang baik tu, sampai bila pun Allah nampak, walaupun manusia xnampak.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Hari ini, tarikh unik 11.11.11. Banyak sejarah manis bulan 11 ni.
ulang tahun suami 1.11.11.
ulang tahun anak perempuan ku (wanita)
6.11.11 jatuh pada hari raya haji tahun ni, hari raya haji ni juga
mengikut bulan melayu, genap sudah umur cucu sulongku setahun, makanya mereka menyambut le ari jadi mereka pada ari raya tu,
16.11.11 mengikut bulan kita ganap setahun umur Qalisya.
24.11.11. anakku faizal akan menghadiri Temuduga Perlantikan ke DG41, semoga diberkati Allah bulan 11 ini, ari ni selesai semua tugas , Prestasi, pra semakan patskom 2011, Smas (Audit dalaman) pun dah siap, Akaun pun dah tutup, esok jamuan akhir tahun kelab guru dan sokongan, hadiah pun dah banyak dikumpulkan. Alhamdulillah.

Wednesday, November 2, 2011

skt (Laporan Nilai Prestasi) 2011

Musim menilai Prestasi, macam mana ni, kali kedua menilai prestasi adik2 di bawah,
dah taklimat dengan GB, nak balas dendam....oh tidak ..itu bukan kerja saya....jangan.....bagi markah seadil2nya. niat biar baik, Allah akan balas dengan baik ok.

Monday, October 31, 2011

ibu ni dah tua, tak reti nak bermadah, tak reti nak bersajak, namun dihati tetap terasa sedih, rasa risau, rasa susah bila melihat, mendengar, masalah anak2, apa yang dapat ibu buat hanya, berdoa semoga semua anak2 tabah bila diduga oleh Allah, ada hikmah disebaliknya, cuma ibu harap anak2 harus terus berusaha, demi masa depan keluarga dan anak2, ingat Allah bersama mu nak.

Monday, October 17, 2011

kejutan

pada hari jumaat lalu, anak2 buat kejutan, aku teringat sangat qalisha, fairoz ajak berjalan hari sabtu, aku jawab xmau kecuali jumpa cucu di semenyeh. sampai petang aku monyok ingatkan qalisya, balik dari sekolah, rehat kejap, ayob kata, mari bangun jumpa qalisya, rupanya, ita & suami serta cucuku, dah sampai depan umah, dema xbagi tahu yang deme nak balik, aku rasa hilang lengoh2 dibadan, rupanya pukul 2.00 ptg dema dah bertolak, Alhamdulillah, balik juga cucuku.

Friday, October 14, 2011

Rindu.

Dulu bila ada orang merindu cucu, merindu anak-anak, awak buat xfaham je, tapi kini kena batang hidung sendiri baru tau bagaimana merindu cucu, rasa nak terbang jumpa cucu, tapi disini ada insan yang memerlukan, jadi kita toleh ke belakang balik erti sabar, kita selalu berdoa supaya kita menjadi seorang insan yang sabar, kenapa xboleh sabar jumpa cucu, Ya Allah ampon dosaku.

Saturday, July 9, 2011

9.7.2011

Hari ini banyak hal berlaku. semalam dapat berita, adik kak rabitah di Lengong telah meninggal dunia, suami telah pergi menziarah pagi tadi. aku pula ke Tesco, nak beli barang sikit, dah pilih2 barang, nak bayar kat kaunter, tiba2 juruwang dengan pelanggan cina, kecoh je, lepas tu aku tengok adik (fairoz) kutip balik barang2 tu masuk dalam raga, tanya adik , kenapa, rupanya cina didepan tu beli daging babi bayar kat kaunter biasa, pada hal dia ada dikaunter asing, kamipun biar je le barang2 tu dalam raga, kami ambik barang yang lain, geli dah nak ambik barang yang dah kena bekas babi tu, cuba fikir, semua mereka tak bertanggungjawab kan, pegawainya, juruwangnya, dah kira baru tau bungkusan tu daging babi, pembeli tu pulak macam nak meinaya
orang melayu. benda macam ni kena buat aduan pada pegawai atasan.
Tengok pula TV, berita semasa, orang melayu dah macam nak bergaduh di KL, aku risau anak aku, menantu dan cucu aku di KL, semoga malaysia selamat dari darurat dan perintah berkurung.

Sunday, July 3, 2011

bola-bola.

Waktu aku menulis ni, perlawanan bola antara Malaysia dengan Cina Taipe, aku bukan minat sangat dengan bole ni, tapi dah semua orang dalam rumah ni jerit-jerit aku pun tumpang tengok. Ya Allah, pengadil berat sebelah, geram aku. itu pasal bola. ini pasal hari ini, tengah hari tadi pegi kenduri rumah Sapura, pertama nya puji,makan, makan sedap..... walaupun rebut2 nak ambil makanan, tapi seronok, pesta makanan, terima kasih Sapura, yang keduanya, petang tadi adik2 ipar, Zai dah Siah datang menziarah kak rabitah, terima kasih kerana datang, kakak, dalam xboleh bercakap, rupanya dia kenal, dia nangis bila tengok diaorang datang, bila kita bersembang dia nangis, maknanya dia tau yang kami sembangkan tapi dia xboleh nak bercakap. semoga ada hikmah disebaliknya. keputusan bola, 4-4. ha..ha..ha..

Friday, June 24, 2011

sedih di hati

Tersebutlah al-kisah, kekadang hidup ini, sesama sendiri, sesama Islam, memang memilih kasih sayang, semacam tidak adil, pilih bulu, tak tau mana silapnya. begitu juga adik-beradik, suami isteri, yang ini sayang, yang itu tidak, yang jauh ambil berat, yang dekat tak ambil berat. Tertulis dalam facebook, menziarah sana-sini, ucap sabar, mengeluarkan hadis2 lagi. tapi yang di rumah ini, langsung tak peduli, mereka tak ingat agaknya, Kak Rabitah....macam tak sangka je... orangnya baik, tpi tak tau kenapa ye..sekarang dah tak boleh bercakap, tak boleh bergerak, hidup dia apa kata orang sehat, suami dan anak2 disekeliling. Takda siapa pun yang datang menziarah. adik beradik jauh sekali, anak yang di KL langsung, jenguk tidak, menanya pun tidak. jauh sekali nak menjaga, wang ringgit ...ampon. Ya Allah...ampon kan aku, akhirilah hidup ini dengan kebaikan dan kesenangan, janganlah Kau akhiri hidup ini dengan keburukan dan kepayahan Amin,

Wednesday, June 22, 2011

Akibat terlalu lama sangat posting sebagai seorang guru, walaupun dah ada kelulusan dan latihan perguruan, mereka menjadi seorang penganggur, mereka terpaksa mencari kerja pulak untuk menampung perbelanjaan, setengah pelatih guru tu dah kahwin, dah ada anak, apa nak makan, nak bayar duit kereta, bil-bil. tak tau le sekarang ni, masalahnya, tak ada duit kut... menyebabkan mereka ni lambat dilantik sebagai guru. yang ada pengetahuan sikit-sikit tentang komputer, boleh le mencari sedikit kewangan dengan membuat program dan portal2 pejabat kerajaan, syukur asalkan tidak menganggur, tidak terbuang masa menunggu perlantikan guru. sabar ye ayob.

Monday, June 20, 2011

kesah kucing2 yang meragut hati

Tahun lepas aku bela saekor kucing, kucing tu namanya Bela, ia kucing betina. dalam masa itu anak aku Ita, bawa pula kucing keturunan parsi namanya Busy, dia jantan. ada 2 ekor kucing berkawan baik, tapi Bela bunting bukan baka Busyi. Bela beranak 6 ekor, aku punya sronok, bila ita bersalin, dalam pantang bulan 11 2010, kucing2 tu aku letakkan kat luar, membesar le mereka dengan seronoknya. cerita anak sibela mati 3 ekor, tinggal 3 ekor. dalam masa mereka nak membesar, bela bunting lagi baka sibusyi. dekat nak beranak bela hilang tanpa kesan, nak katakan mati kena langgar, xdapun bangkainya, cari le merata tak jumpa, tak lama lepas tu busyi pulak hilang, masa tu ita dah balik ke kl, bawa q, busyi hilang seperti bela juga, cari merata, tak jumpa,aku ingat ada sendiket kutip kucing, al kisah anak kucing bela yang tiga ekor ni, hidup le dema sukaria tanpa ketahui emak dan bapa angkatnya hilang, dah elok besar, bulat gemok, hilang pula sekor lagi, aku gelo dia belang, yang lain tu bulat dan juling, sebab sekor tu juling, malam ini, aku panggil bulat, tak balik, aku risau nasib yang sama seperti kucing2 yang lain. hati bimbang, sedih mana le dia pegi. kucing2 tu jantan belaka, mungkin hilng nak cari ketenagan. aku dah agak, mungkin yang sekor ni pun akan hilang juga, aku redo sekiranya ini berlaku. semoga esok bulat akan balik.

Sunday, June 5, 2011

bulan rejab

bulan rejab kembali lagi, syukur Alhamdullillah. Panjang umur. bulan depan Shaban dan seterusnya Ramdhan. rasa baru je lagi bulan Ramdhan, syukur, dapat beramal ibadat lagi dalam bulan puasa, meningkatkan lagi setakat yang mampu. berkunjung lagi ke pasar ramadhan. sediakan je poketnya. semoga kita berjumpa di bulan Ramadhan.

Thursday, May 19, 2011

tugas seharian

Macam biasa, pagi ke sekolah, di pejabat suasana rioh semula sebab semua staf hadir, tidak seperti hari isnin - hari guru - aku bertugas seorang diri bersama pegawai PAP N4 aku, yang lain 2 cuti, 2 ke PPD - Hari ini kek banyak kat kopi coner kami. naik le lagi gula aku, makan je. tugas seperti biasa banyak yang perlu dibereskan sampai bawak balik umah, itu yang jaga hingga 1.00 pagi. nasib baik suami tak komplin, lagipun dia tido dngan kakak, kakak sakit. anak2 dah lama soh. ok le, nak tido jugak.

Wednesday, May 18, 2011

safa dan marwah

Naik benci dh tengoknya, tak abis dng masalah, sakit, jahat, dan berbagai, maklumlah sampai episod 200. jenuh nuggu nak abis. abis s&m sambung pulak gelanggang raja lawak, bila nak tido ni. selamat malam.

Thursday, May 12, 2011

Hospiral - 3.5.2011

Esok aku nak ke hospital, periksa mata di hospital pakar mata, tak tahu le apa yang nak dema buatkan. minggu sudah di hospital Greentown, dema kata ada sedikit gula dah naik ke mata, aku pun dapat tengok melalui komputer, ada titik itam dalam mata, tapi pada zahirnya tak da le apa2, takut lama2 nanti le, melarat, itu yang doktor takutkan, jadi esok nak ke hospital le . doakan mami selamat ye, sehat dijauhkan segala yang tak diingini.

Wednesday, May 11, 2011

Mesyuarat kewangan kali pertama 2011

Hari ini telah selesai mesyuarat kewangan kali pertama 2011. dihadiri oleh GB, semua penolong2 kanan dan guru-guru panitia. semua yang hadir memberi kerjasama dalam mesyuarat tersebut. tidak ada perkara yang berbangkit. mesyuarat kewangan berakhir jam 1.30 ptg. kini tugas saya nak buat minit mesyuarat. minit mesyuarat ini perlu bila audit 2011 nanti. mesyuarat akan diadkan 3 kali lagi, mungkin akan dibuat pada bulan Julai, Sept dan Dis 2011 nanti.

Ini dah jam 12.45 malam tak tido lagi sebab tunggu ayob nak ke Alor Setar, mencari projek Programarnya. bersama kawannya. aku doakan semoga perjalanannya selamat, setiap kali anak2 nak berjalan jauh pastinya hati ini risau namun aku bermohon pd Allah semoga aku tenang dan perjalanan anak aku selamat.

Sunday, May 8, 2011

BERJUMPA EMAK SAUDARA SEMPENA HARI IBU

pagi tadi pergi pasar TEMAN Di Gopeng. balik masak, tngah masak teringatkan makcik di Kuang. lepas mask, pergi le kuang jumpa makcik Jah, pergi dng adik dan putri. bawa kain batik sehelai sebagai Hadiah Hari Ibu. Makcik Jah membela aku sejak kecil selepas mak aku meniggal dunia. mak meninggal dunia bersalinkan adik. dah 51 tahun yang lalu. adik dibela oleh makcik jah juga, makcik jah ini kami anggapkan sebagai mak sendiri. Jadi semperna hari ibu, ucap selamat hari ibu pada makcik Jah. balik dari rumah makcik, terus mandih sungai Chepor. ini baru balik dari Chepor. letih lesu badan.

Jasamu dikenang hingga hayat.

Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu

selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu. kasih ayah dan ibu sepanjang hayat.

pada anak2 semua sayangilah ibu ayah yang masih ada. bila dah tak da nanti tak tercri kasih sayangnya.

Friday, April 22, 2011

salam semua.

Dah lama tak menulis, kerana 2011 ini kena pegang akaun wang kerajaan, jadi banyak le sikit tugas. ini baru ada masa. apakhabar semua teman2 blog yang sudi jenguk blog saya, waktu yang skit ini saya cuba nak menulis kembali. pertamanya nak beri tahu,. 2011 ini saya dah dapa cucu pempuan, Qalisya umur 6 bulan. Syukur Alhamdullilah. yang kedua kakak dah sakit, tak boleh bangun, makan minum dan mandi serta lain2 semuanya dibantu, suami le yang setia menjaganyanya. yang ini tak boleh cite panjang2. salam ye...nak balik dah.

Friday, January 14, 2011

cuba untuk terus menulis.

MESYUARAT AGONG BADAN PENYELARAS
KETUA PEMBANTU TADBIR NEGERI PERAK
PADA 24.10.2010
JAM 9.00 PAGI
TEMPAT: PANGKOR BAY VIEW RESORT PULAU PANGKOR.

Ucapan Pengerusi Encik ramly bin Mohaiadin - SK Sri Manjung
Hari ini (24.10.2010) hari terakhir sebagai Pengerusi KPT - berkhidmat selama 39 tahun 5 bulan berkhidmat. En Ramly telah bersara dari perkhidmatan dan bersara dari menjadi Ahli Badan Penyelaras KPT. Badan Penyelaras KPT satu kumpulan yang telah banyak memberi komitmen kepada JPN. berbangga kerana telah menaikkan nama di JPN
"susu setitik yang telah memutehkan kembali nila yang sebelanga".

1. En Ramly memberi ingatan: Kebanyakan PT di sekolah tak berpuas hati terhadap (N22 KUP) meletakkan diri mereka sebagai N22 Hakiki. Hakiki dan KUP berebut tempat. Pengalaman (KUP) tidak boleh menggunakan nama N22 hakiki. KUPN22 - tidak mahu buat kerja - N22 penyelaras kena beri penjelasan - (KUPN22 ) tidak boleh menjadi pegawai penilai.

(Nanti akan disambung tulisan ini)