Pages

Thursday, October 22, 2009

hot juga

hari ini aku hot juga. kerja banyak, elaun orang nak dibayar, tapi elaun sendiri tak ada.
bantuan kewangan hanyak 500 saja tapi kerja setengah mati. nak buat borang ini , nak buat laporan itu. hi... fedup. pt sekor ni ashik nak kondem orang je. macam dia pandai no buat kerja. alahai.... ini yang buat tensen dan fedup.
suasana pejabat pulak bising, nak besarkan pejabat, bising..... balik le nak tengok cerita sumpah bunian tv3 bay.....

Wednesday, October 21, 2009

Hari-hari biasa

Hari ini ada sedikit waktu untuk menaip. di pejabat agak rioh sikit. sebab bayar BKK rm 500.00 tapi kerja setengah mati. rioh bukan apa, sebab tak da bonos. bising le, kalau ada bonos senyap le. nak tunggut belajawan jumaat ini. nak tunggu bonos je. harap najib bagi bonos. bukan apa, memang le orang kerajaan ini manja, kerja bawah akon, ada waktu rehat makan dan minum, bersembang.... tapi orang semacam aku ni, perlu duit hujung tahun. banyak benda nak setel. jadi itu sebab perlukan bonos. orang banyak duit simpanan lain le....bonos xperlu, tapi bagi aku perlu...perlu ye....1 malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. jadi jangan lupa rakyat miskin seperti aku ni ye....
Di rumah agak tenang...suami ok,....kak bitah dah sehat.... namun si Karim masih tak dengar berita. usahkan balik, tepon pun tidak. mak dah menong je ...menongkat dai. nak cerita pasal si karim ni...dia ada anak sorang, dibela oleh ayah dan mak ni dari kecik lagi, OKU lagi....tak pikirpun dia nak tengok anak ni. dah 9 tahun, dia nak tengok ke, bela ke, tidak. ini lah si karim, karim...karim....

Monday, October 19, 2009

anak-anak semua.

pada anak-anak mak semua, yang ada 4 orang ni. mak juga dah tua, dah 53 tahun umur mak. mak ada penyakit 5 serangkai, tapi mak ada talian hayat. 10 biji sehari makan ubat. mak masih bertugas, tapi tugas mak sejak naik pangkat ni, kurang sikit tugas yang berat. itulah sebabnya mak ada masa menulis blog ini. doakan mak sehat dan tenang ye. jangan buat mak macam mak tua ye... sekarang ini mak terpaksa buat dua rumah, kejap ke sebelah. kejap layan anak-anak, kejap layan suami dan mak tua. hanya mak serahkan segala pada yang esa. mak buat iklas. harap dapat ganjaran dunia dan akhirat. Isyaallah.

13.10.2009

Tarikh itu adalah tarikh ulang tahun perkahwinan ku yang ke 30. Tidak ada pergaduhan dan tidak perkara yang romantik. malahan petang itu aku ada taklimat aset di PPD Kinta. alhamdullillah suami yang hantar. tapi balik petang tu jam 5.00 aku kena toche lagi pasal anak-anak. biasa le, isu anak2 dan anak menantu sampai padam pun tak abis.

Hari ini 2 kali suami menelepon aku kat sekolah. selalu tak pernah tepon pun. satu perkembangan yang menarik. sejak kak rabitah sakit ni suami nampak sedikit sejuk. syukur. aku menunggu kebesaran mu Ya Allah untuk menyatukan kembali keluargaku.

Friday, October 16, 2009

anak-anak.

pada anak-anak yang ada kelapangan, balik le tengok mak. (rabitah) Dia terlalu banyak merindu. cik am bukan nak memandai tapi kesihan le mak tu, dia dah pegi ke hospital ayah bawa. doktor kata dia tak sakit apa-apa. darah tinggi tak ada, kencing manis tak ada, tapi dia ada sakit tekanan, aku cuma dapat berdoa agar jangan jadi apa-apa. berdoa supaya dia sehat seprti biasa.

Hari esok tak tahu apakan terjadi

balik tengah hari tadi, suami bagi tahu, kak bi jatuh kat singki. puncanya tak tahu kenapa. kak bi macam tak berdaya. aku terpaksa mengambil alih tugas, ari aku rehat, takda rehat. aku ke sekolah petang ini kak bi rehat dan tido. dengan cerita suami pagi tadi, dia jatuh sampai tercirit2. suami kata jenuh pula membasihnya. aku risau, sebab kak bi takpernah sakit begini. nak tanya dia tak ingat. yang aku tahu kak bi sakit tensen. tensen kerana anak-anak menantu, tensen cucu. dan suami. suami telah banyak menolong dalam soal mendidikan cucu, sekolah suami yang hantar cucu. tak tahu le.hidup ni macam-macam.

Tuesday, September 29, 2009

Titik hitam lagi.....

pada 26.9.09 - 7 syawal - berlaku lagi satu titik hitam antara anak dan ayah tapi anak sebelah maduku. Insan tersebut dah lama mememdam perasaan, perasaan yang tak tentu kehala, nampak riak muka memang menyimpan banyak beban didada. Berpunca dari kereta aruah yang rosak dijalananan. si anak x mahu menyusahkan ayah. balik ke rumah, hanya berbincang dengan emak, ayah rasa kecil hati dan rasa tersinggung perasaan kerana x beritahu ayah yang kereta dah tersadai. Ayah meronta dan bertanya kenapa segala masalah x beritahu ayah, si anak
sambung besok ye ...waktu dah pukul 5.00 - jam balik

Thursday, September 24, 2009

Syawal 2009

Assalamualaikum. Selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua yang membaca blog saya.
Dah 3 tahun dari tahun 2007 - 2009 tiap kali syawal aku kena marah dengan suamiku.
Aku sebenarnya bermadu - dah 30 tahun aku bermadu, hidupku bahagia, aman damai, madu/kakak ku baik. susah nak cari madu sperti ini. tapi suami .....suami yang terlalu panas baran, pemarah, sejak akhir-akhir ini. Ini yang membuat kami sang isteri, tertekan perasaan,
seperkara lagi, suami, bila anak-anak dah besar, remaja, dia mula cemburu, xsuka anak-anak ini. pada hal anak-anak, x pernah cakap kasar, melawan, menjawab, anak-anak boleh dikatakan baik-baik je. tapi xtau apa yang xkena dengan suami ku. Anak-anak xjumpa ayah bukan nak berderhaka atau sebagainya namun anak-anak takut nak jumpa, kerana ayah suka marah-marah dan suka cakap menyakitkan hati mereka. jadi mereka pun takut nak jumpa ayah. Seperkara lagi, suami ada membela seorang cucu OKU dari perkongsian dengan isteri pertama suami ku, anak yang sulong mereka. dah berumur 9 tahun, selama 9 tahun mereka membela cucu tersebut. Cucu ini terlalu manja dan lebih sangat kasih sayang suamiku pada nya. Terlalu diberi muka. x boleh nak ditunjuk ajar langsong. dan cucu ini ASET nya tinggi. itulah sebabnya kasih sayangnya lebih dari aku dan anak-anakku. Inilah puncanya jarak kasih sayang kami dengan suami semakin jauh, Suamiku mengatakan bahawa aku xlayannya, aku xkasih dan sayangnya lagi, xpedulinya lagi, bukan, dihati kecilku aku amat merinduinya......aku menginginkan kemesraan dan kehormonian rumahtangga seperti dulu, tapi bila aku baru nak bermesra dengan suamiku ,,cucunya, mengikuti ke mana saja dia berada, benci aku, bosan..... Pada 1 syawal....aku pergi sebelah rumah maduku untuk bertemu dengan suami untuk minta ampon di pagi raya, namun salamku xberjawab, tanganku xdisambut, hanya muka yang marah je yang diberi pada ku, dipagi raya, membuatku sedih, pedih namun aku sabar....terus ajak anak-anak tutup pintu dipagi raya dan berjalan ke Masji Ubidiau KK, solat di sana untuk menyejukkan hati dan terus ke taiping. Petang baru aku balik, namun keadaan ini membuat suamiku lagi marah. 2 syawal aku gagah lagi bertemu dengan suami, untuk menyusun jari kerana belum lagi minta ampun, lagi kata nista, hembur herdik aku terima dari suami, aku dah jangka perkara begini mesti terjadi. Tiap kali syawal dah 3 syawal begini lah yang aku terima. Sedih hanya Tuhan yang tahu,,,namun aku bersykur kerana aku ada lima orang anak termasuk menantu baru ada di belakangku. aku juga insaf....mungkin ini balasanku, kerana tidak melayan suamiku sebaik-baik sejak akhir2 ini. bukan aku xmelayannya tapi aku sedih dan bencikan cucunya itu, meluat membuat aku patah hati.
pada 2 syawal ....aku minta izin balik ke kuang, dia izinkan...berjumpa dengan emak saudara yang bru kematian suami, serta adik2 saudaraku yang lain. seronok berjumpa dengan kaum keluarga sendiri sambil kenalkan menatu baru dengan mereka.
pada 3 syawal....adik dan kaum keluarga suamiku datang.. aku cuba nak melarikan diri, namun suamiku menjemput berjumpa dengan mereka untuk berhari raya, aku redo dan mengikut kehendaknya. dan melayan mereka seadanya.
syawal ini aku beraya dengan menantu baru ku (suami Ita), aku agak kekok, namun aku layan seperti anak2 sendiri. 4 syawal mereka balik ke KL untuk berhari raya dengan mak mentua dan kaum keluarga di sana pula.
pada 5 syawal ....aku mula bertugas... sebagai seorang Ketua Pembantu Tadbir N22 di SK Pengkalan Pegoh Lahat . Kerja dah mula bertimbun. mesti disiapkan. GB xda. minggu hadapan sekolah mula dibuka, mula sebok dan bertugas seperti hari biasa, inilah coretan syawal 2009.

Wednesday, September 16, 2009

merajuk

kekadang hati ini ingin merajuk jauh.......
merajuk membawa diri...........
tapi xtau kenapa nak merajuk. ati ini macam ada yang xkena.

ya Allah... ampuni dosaku dan berilah aku ketabahan hati.

Wednesday, September 9, 2009

tarikh 9.9.09

Tarikh hari ini 9.9.09. puasa pun dah 19 hari, hari ini semua angka 9. angka bertuah kut. bersyukur aku pada mu Ya...Allah. hari dah pukul 5.00ptg. esok sambung cerita angka 9 ye.

pada PM Malaysia. rakyat didahului. bagi le bonos untuk hari raya ni.

Thursday, September 3, 2009

salam takziah pada menantu mak.

Pagi ini ibu menerima berita sedih dari akak. anak saudara Nazri (suami akak) berumur 5 tahun telah meninggal dunia. Ya Allah. Beratnya ujian ini harus diterima dengan tenang. Anak berumur 5 tahun memang tengah main. Dengar khabar tidak ada sakit atau demam. Meninggal mengejut. ibu berdoa agar semua keluarga nazri sabar dengan dugaan ini. Akak dan Nazri tabah ye.

Wednesday, September 2, 2009

salam buat semua anak-anak

ibu rasa seronok pula puasa kali ini. ibu dianugerahkan sehat, syukur alhamdullah. sehingga 12 puasa ini ibu belum tinggal lagi solat tarawih. Semuga anak-anak ibu pun begitu. sehat dan teruskan amal ibadat. teruskan bersalewat dan bersolat tarawih apatah lagi solat wajib jangan tinggal sewaktupun. mohon pada Allah agar hidup kita diberkati. insyallah.

Ibu rasa tugas yang mencabar bagi ibu dah selesa. ibu dah boleh buat tugas-tugas sebagai seorang CC. ibu bersyukur, disini ibu tenang.

Di rumah, alhamdullah. ayah sentiasa menten. faham akan keadaan ibu. tugas ibu pada ayah seperti biasa. tidak ada kurang atau lebih. alhamdullah.

Monday, August 17, 2009

ibu ingin terus menulis

salam untuk anak-anak semua. ibu dah ada blog sendiri. sila le baca rentetan hari-hari.
sekiranya ada masa ibu tulis ye. hari ini ibu tensen. dah masuk 2 bulan ibu jadi cc. tapi ibu masih belum faham apa yang ibu buat. ibu tak tahu apa yang dah ibu buat. masib belum ada kejayaan, masih belum ada keputusan. aduh..... masalah ayah....... menten.........

salam selamat pagi

hari ini saya bertugas sangat tensen. kerana kewangan ptj saya xteli. bengang-bengang.

Thursday, April 9, 2009

PERMULAAN.....

SAYA ADALAH ORANG TERBARU DISINI.....
HARAP2 SEMUA BOLEH TERIMA SAYA DISINI.....
MASUKLAH DI DALM BLOG SAYA SEKALI SEKALA....