Pages

Saturday, July 9, 2011

9.7.2011

Hari ini banyak hal berlaku. semalam dapat berita, adik kak rabitah di Lengong telah meninggal dunia, suami telah pergi menziarah pagi tadi. aku pula ke Tesco, nak beli barang sikit, dah pilih2 barang, nak bayar kat kaunter, tiba2 juruwang dengan pelanggan cina, kecoh je, lepas tu aku tengok adik (fairoz) kutip balik barang2 tu masuk dalam raga, tanya adik , kenapa, rupanya cina didepan tu beli daging babi bayar kat kaunter biasa, pada hal dia ada dikaunter asing, kamipun biar je le barang2 tu dalam raga, kami ambik barang yang lain, geli dah nak ambik barang yang dah kena bekas babi tu, cuba fikir, semua mereka tak bertanggungjawab kan, pegawainya, juruwangnya, dah kira baru tau bungkusan tu daging babi, pembeli tu pulak macam nak meinaya
orang melayu. benda macam ni kena buat aduan pada pegawai atasan.
Tengok pula TV, berita semasa, orang melayu dah macam nak bergaduh di KL, aku risau anak aku, menantu dan cucu aku di KL, semoga malaysia selamat dari darurat dan perintah berkurung.

No comments:

Post a Comment