Pages

Wednesday, February 3, 2010

sepupu yang rapat pergi buat selamanya.

Jam 2.45 pagi pada 2.2.2010, abang mami dari kampong Kuang Chemor, tepon, beritahu bahawa sepupu mami namanya Nun (paggilan manja) telah pergi buat selamanya. nun adalah adik sepupu yang rapat dengan mami. masa remajanya, kesah cinta dan kasihsayangnya pada suaminya (suami yang dicintainya) mami yang tahu, mami le yang tukang tulis surat cintanya, sebab Nun kurang sikit tahu menulis, jadi mami tukang tulis surat sehingga le mereka mendirikan rumahtangga. setelah mendirkan rumahtangga, tugas mami dah selesai, mereka telah menjadi suamiisteri yang sah, hati mami tak bimbang lagi, Nun suami isteri tinggal di Taiping Perak. Kesah hidup mereka jarang mami tahu, kerana bila mami pun berumahtangga dengan ayah Ita sekerang ini, kami membawa haluan masing2. sehingga lah hari ini mami tau rupanya, hidupnya menderita....mengidap kencing manis, dah tak boleh baca, jujuk jarum sendiri, 4 kali sehari, darang tinggi, ada bisol dibelakangnya dalam masa 3 hari merebak ke buah pinggang dan otak. Ya.Allah......seksanya hidupnya.

No comments:

Post a Comment