Pages

Friday, February 5, 2010

sekolah kedua.

selepas sekolah sk pengkalan, mami bertukar ke sk Rapat Jaya Ipoh. pun ada portal tapi xboleh masuk. di sekolah itu pun ok. Guru Besar En.Rustam Afandy Aziz, baik.....dia amat menghargai segala tugas yang mami buat, mami menggantikan pt yang sakit, bila sakit kerja banyak le miss kan... kewangan 6 bulan tak tutup, buku tunai tak kemas, panjar wang runcit xda.... ada guru-guru yang miss gaji. pentadbiran apa tah lagi.... bukan nak bangga diri tapi ini le insan yang menguruskan segala, pt mami sorang je....bawa balik segala tugas....jam 1 atau 2 pagi baru tidor...orang tak tahu tapi tuhan tahu... tapi hati mami tenang bertugas di sk rapat jaya Ipoh. walaupun banyak kerja hati mami seronok. setahun mami disana.....berkat iklas dan tenang...mami dinaikkan pangkat ke CC. berkat sokongan Guru Besar, Prestasi dari SK pengkalan, peperiksaan yang lulus dari mami, mami berjaya.... dan ditukarkan ke SK Pengkalan Pegoh Lahat tempat mami sekarang. syukur pada mu ya ALLAH. di sini lah tempat mami mencurahkan rahsia hati, mami ada blog sendiri, yang dibuat oleh anak-anak mami. Guru Besar dan Guru Data sekolah menyediakan 1 komputer yang lengkap untuk mami...TK.

No comments:

Post a Comment