Pages

Saturday, July 9, 2011

9.7.2011

Hari ini banyak hal berlaku. semalam dapat berita, adik kak rabitah di Lengong telah meninggal dunia, suami telah pergi menziarah pagi tadi. aku pula ke Tesco, nak beli barang sikit, dah pilih2 barang, nak bayar kat kaunter, tiba2 juruwang dengan pelanggan cina, kecoh je, lepas tu aku tengok adik (fairoz) kutip balik barang2 tu masuk dalam raga, tanya adik , kenapa, rupanya cina didepan tu beli daging babi bayar kat kaunter biasa, pada hal dia ada dikaunter asing, kamipun biar je le barang2 tu dalam raga, kami ambik barang yang lain, geli dah nak ambik barang yang dah kena bekas babi tu, cuba fikir, semua mereka tak bertanggungjawab kan, pegawainya, juruwangnya, dah kira baru tau bungkusan tu daging babi, pembeli tu pulak macam nak meinaya
orang melayu. benda macam ni kena buat aduan pada pegawai atasan.
Tengok pula TV, berita semasa, orang melayu dah macam nak bergaduh di KL, aku risau anak aku, menantu dan cucu aku di KL, semoga malaysia selamat dari darurat dan perintah berkurung.

Sunday, July 3, 2011

bola-bola.

Waktu aku menulis ni, perlawanan bola antara Malaysia dengan Cina Taipe, aku bukan minat sangat dengan bole ni, tapi dah semua orang dalam rumah ni jerit-jerit aku pun tumpang tengok. Ya Allah, pengadil berat sebelah, geram aku. itu pasal bola. ini pasal hari ini, tengah hari tadi pegi kenduri rumah Sapura, pertama nya puji,makan, makan sedap..... walaupun rebut2 nak ambil makanan, tapi seronok, pesta makanan, terima kasih Sapura, yang keduanya, petang tadi adik2 ipar, Zai dah Siah datang menziarah kak rabitah, terima kasih kerana datang, kakak, dalam xboleh bercakap, rupanya dia kenal, dia nangis bila tengok diaorang datang, bila kita bersembang dia nangis, maknanya dia tau yang kami sembangkan tapi dia xboleh nak bercakap. semoga ada hikmah disebaliknya. keputusan bola, 4-4. ha..ha..ha..