Pages

Thursday, September 24, 2009

Syawal 2009

Assalamualaikum. Selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua yang membaca blog saya.
Dah 3 tahun dari tahun 2007 - 2009 tiap kali syawal aku kena marah dengan suamiku.
Aku sebenarnya bermadu - dah 30 tahun aku bermadu, hidupku bahagia, aman damai, madu/kakak ku baik. susah nak cari madu sperti ini. tapi suami .....suami yang terlalu panas baran, pemarah, sejak akhir-akhir ini. Ini yang membuat kami sang isteri, tertekan perasaan,
seperkara lagi, suami, bila anak-anak dah besar, remaja, dia mula cemburu, xsuka anak-anak ini. pada hal anak-anak, x pernah cakap kasar, melawan, menjawab, anak-anak boleh dikatakan baik-baik je. tapi xtau apa yang xkena dengan suami ku. Anak-anak xjumpa ayah bukan nak berderhaka atau sebagainya namun anak-anak takut nak jumpa, kerana ayah suka marah-marah dan suka cakap menyakitkan hati mereka. jadi mereka pun takut nak jumpa ayah. Seperkara lagi, suami ada membela seorang cucu OKU dari perkongsian dengan isteri pertama suami ku, anak yang sulong mereka. dah berumur 9 tahun, selama 9 tahun mereka membela cucu tersebut. Cucu ini terlalu manja dan lebih sangat kasih sayang suamiku pada nya. Terlalu diberi muka. x boleh nak ditunjuk ajar langsong. dan cucu ini ASET nya tinggi. itulah sebabnya kasih sayangnya lebih dari aku dan anak-anakku. Inilah puncanya jarak kasih sayang kami dengan suami semakin jauh, Suamiku mengatakan bahawa aku xlayannya, aku xkasih dan sayangnya lagi, xpedulinya lagi, bukan, dihati kecilku aku amat merinduinya......aku menginginkan kemesraan dan kehormonian rumahtangga seperti dulu, tapi bila aku baru nak bermesra dengan suamiku ,,cucunya, mengikuti ke mana saja dia berada, benci aku, bosan..... Pada 1 syawal....aku pergi sebelah rumah maduku untuk bertemu dengan suami untuk minta ampon di pagi raya, namun salamku xberjawab, tanganku xdisambut, hanya muka yang marah je yang diberi pada ku, dipagi raya, membuatku sedih, pedih namun aku sabar....terus ajak anak-anak tutup pintu dipagi raya dan berjalan ke Masji Ubidiau KK, solat di sana untuk menyejukkan hati dan terus ke taiping. Petang baru aku balik, namun keadaan ini membuat suamiku lagi marah. 2 syawal aku gagah lagi bertemu dengan suami, untuk menyusun jari kerana belum lagi minta ampun, lagi kata nista, hembur herdik aku terima dari suami, aku dah jangka perkara begini mesti terjadi. Tiap kali syawal dah 3 syawal begini lah yang aku terima. Sedih hanya Tuhan yang tahu,,,namun aku bersykur kerana aku ada lima orang anak termasuk menantu baru ada di belakangku. aku juga insaf....mungkin ini balasanku, kerana tidak melayan suamiku sebaik-baik sejak akhir2 ini. bukan aku xmelayannya tapi aku sedih dan bencikan cucunya itu, meluat membuat aku patah hati.
pada 2 syawal ....aku minta izin balik ke kuang, dia izinkan...berjumpa dengan emak saudara yang bru kematian suami, serta adik2 saudaraku yang lain. seronok berjumpa dengan kaum keluarga sendiri sambil kenalkan menatu baru dengan mereka.
pada 3 syawal....adik dan kaum keluarga suamiku datang.. aku cuba nak melarikan diri, namun suamiku menjemput berjumpa dengan mereka untuk berhari raya, aku redo dan mengikut kehendaknya. dan melayan mereka seadanya.
syawal ini aku beraya dengan menantu baru ku (suami Ita), aku agak kekok, namun aku layan seperti anak2 sendiri. 4 syawal mereka balik ke KL untuk berhari raya dengan mak mentua dan kaum keluarga di sana pula.
pada 5 syawal ....aku mula bertugas... sebagai seorang Ketua Pembantu Tadbir N22 di SK Pengkalan Pegoh Lahat . Kerja dah mula bertimbun. mesti disiapkan. GB xda. minggu hadapan sekolah mula dibuka, mula sebok dan bertugas seperti hari biasa, inilah coretan syawal 2009.

1 comment: