Pages

Wednesday, April 28, 2010

JASA IBU

9 bulan dalam kandungan - sayang
menahan sabar azab derita - jasa ibu
sentiasa berada dalam kenangan - dalam kenangan - jasa ibu
kepada ibu yang sungguh berjasa

Ibu menjaga membelai mesra - sayang
anak kesayangan sinar bahagia - anak kesayangan sinar bahagia - jasa ibu
nasihat ibu sangat berguna - sangat berguna - jasa ibu
berbakti kepada nusa dan bangsa

(SEMPENA HARI IBU BULAN HADAPAN)

(JASA IBU - LAGU GHAZAL JOHOR DINYANYIKAN OLEH HASNAH ISMAIL)

Tuesday, April 27, 2010

dugaan

Hidup ini penuh dengan dugaan. cuma kita saja yang harus menerimanya dengan sabar.
Hari ini enternet mami down. tak tau nak buat apa. terputus hubungan dengan kawan2 di luar. kata yang tukang baiki, 2/3 hari lagi, aduh.....susahnya hati. Hari ini pagi lagi dah ujan, perut lapar, kueh dah bergantang2 makan, tak kenyang2. syukur alhamdullilah.

Jam 4.00 ptang, ainol tukang baiki komputer datang, ye...enternet dah pulih. boleh menulis kembali. tapi buka pula blog akak, tak tau kenapa....kecewa nampaknya....susah pula hati mami.

Friday, April 23, 2010

Patskom untuk dik Tedi

Patskom ini mami dah tulis dalam komen, blog tedi, tapi mami pindahkan pula dalam blog mami. siapa yang ingin berkongsi sila le masuk blok mami. masa mami kerani kew dari 2002 - Jun 2009, mami pegang patskom. tapi sekarang bila naik cc kerani kew mami yang pegang, mami pantau saja. Patskom - setiap hujung bulan bila kita dah tutup dan kemaskini buku tunai, terus pindahkan dalam patskom, jangan tuggu 2//3 bulan, masuk angka2 dengan betul - patskom paling senang dan mudah, kita buat dengan betul - hasilnya menyenangkan kita. Selamat berjaya dan jalankan tugas dengan telus dan ikhlas. Satu saja mami pesan, kita bekerja biar ikhlas - Allah nampak apa yang kita buat, dan niatkan apa yang kita lakukan itu dengan baik saja. Sejak SSM dipekenalkan mami tak pernah dapat Anugerah Cemerlang, tak tahu mana silapnya. kawan2 ada yang gaduh2 dengan GB pun dapat, tapi mami belom ada rezeki kut. tapi alhamdulillah, mami dapat naik CC atas prestasi tinggi juga GB2 mami bagi. syukur. Jadi dik Tedi dan semua adik2 mami dan juga anak2 mami yang masih bertugas dengan cogan kata
"berkhidmat untuk Negara" maka bertugas le dengan jujur dan ikhlas, Tedi PTK dah lulus ke.....

Wednesday, April 21, 2010

suasana.

Dah lama tak tulis blog. Mami agak sebok sehari dua ini. Buat masa ini semua anak-anak berkumpul. Ita - cuti seminggu lagi ada kat rumah mami kat Ipoh. suaminya berkursus di Sepang. Jadi mami minta dia berehat kak Ipoh. Nor Fairoz - cuti semesta 3 bulan. bulan Julai baru masuk balik. (UIA) Dia mengajar pula di SK Pengkalan Lahat sebagai Guru Ganti. Nor faizal memang tinggal dengan mami, bekerja di Selibin. sesekali bertugas Di Alor Star/Perlis - besok ke Alor Star kejap dengan bos. Putri pula kena demam Pelentong. kasihan dia. mami tak pernah terima anak-anak mami kena deman tu..tapi dia kena pula . tak sekolah buat masa ini, cuti doktor bagi seminggu. Semoga putri cepat semboh, sambung belajar semula. nak ambil UPSR bulan 9 ini. risau juga mami. Insyallah.

Thursday, April 1, 2010

mesyuarat

hari ini jam 12.50 tghari ada meting kewangan. aku kena hadiri bersama GB, Penolong Kanan dan guru-guru penatia. badan x sehat, rasa panas mata...tapi kena hadiri ...tak apa le ....moga aku sehat nanti.