Pages

Thursday, May 19, 2011

tugas seharian

Macam biasa, pagi ke sekolah, di pejabat suasana rioh semula sebab semua staf hadir, tidak seperti hari isnin - hari guru - aku bertugas seorang diri bersama pegawai PAP N4 aku, yang lain 2 cuti, 2 ke PPD - Hari ini kek banyak kat kopi coner kami. naik le lagi gula aku, makan je. tugas seperti biasa banyak yang perlu dibereskan sampai bawak balik umah, itu yang jaga hingga 1.00 pagi. nasib baik suami tak komplin, lagipun dia tido dngan kakak, kakak sakit. anak2 dah lama soh. ok le, nak tido jugak.

Wednesday, May 18, 2011

safa dan marwah

Naik benci dh tengoknya, tak abis dng masalah, sakit, jahat, dan berbagai, maklumlah sampai episod 200. jenuh nuggu nak abis. abis s&m sambung pulak gelanggang raja lawak, bila nak tido ni. selamat malam.

Thursday, May 12, 2011

Hospiral - 3.5.2011

Esok aku nak ke hospital, periksa mata di hospital pakar mata, tak tahu le apa yang nak dema buatkan. minggu sudah di hospital Greentown, dema kata ada sedikit gula dah naik ke mata, aku pun dapat tengok melalui komputer, ada titik itam dalam mata, tapi pada zahirnya tak da le apa2, takut lama2 nanti le, melarat, itu yang doktor takutkan, jadi esok nak ke hospital le . doakan mami selamat ye, sehat dijauhkan segala yang tak diingini.

Wednesday, May 11, 2011

Mesyuarat kewangan kali pertama 2011

Hari ini telah selesai mesyuarat kewangan kali pertama 2011. dihadiri oleh GB, semua penolong2 kanan dan guru-guru panitia. semua yang hadir memberi kerjasama dalam mesyuarat tersebut. tidak ada perkara yang berbangkit. mesyuarat kewangan berakhir jam 1.30 ptg. kini tugas saya nak buat minit mesyuarat. minit mesyuarat ini perlu bila audit 2011 nanti. mesyuarat akan diadkan 3 kali lagi, mungkin akan dibuat pada bulan Julai, Sept dan Dis 2011 nanti.

Ini dah jam 12.45 malam tak tido lagi sebab tunggu ayob nak ke Alor Setar, mencari projek Programarnya. bersama kawannya. aku doakan semoga perjalanannya selamat, setiap kali anak2 nak berjalan jauh pastinya hati ini risau namun aku bermohon pd Allah semoga aku tenang dan perjalanan anak aku selamat.

Sunday, May 8, 2011

BERJUMPA EMAK SAUDARA SEMPENA HARI IBU

pagi tadi pergi pasar TEMAN Di Gopeng. balik masak, tngah masak teringatkan makcik di Kuang. lepas mask, pergi le kuang jumpa makcik Jah, pergi dng adik dan putri. bawa kain batik sehelai sebagai Hadiah Hari Ibu. Makcik Jah membela aku sejak kecil selepas mak aku meniggal dunia. mak meninggal dunia bersalinkan adik. dah 51 tahun yang lalu. adik dibela oleh makcik jah juga, makcik jah ini kami anggapkan sebagai mak sendiri. Jadi semperna hari ibu, ucap selamat hari ibu pada makcik Jah. balik dari rumah makcik, terus mandih sungai Chepor. ini baru balik dari Chepor. letih lesu badan.

Jasamu dikenang hingga hayat.

Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu

selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu. kasih ayah dan ibu sepanjang hayat.

pada anak2 semua sayangilah ibu ayah yang masih ada. bila dah tak da nanti tak tercri kasih sayangnya.