Pages

Wednesday, July 7, 2010

Bersyukur atas Rahmat Mu Ya Allah.

Hari Ahad 4.7.2010 - saya, adik dan Putri telah menghantar ayob ke UITM Shah Alam- sambung belajar -DPLI. (Akak dan suami pergi bengkel Ibu mengandung) jadi mereka tak turut serta. Walaupun dimata kasar ada beberapa suka duka dan dugaan namun ayob dah mula kursus semalam.
Perjalanan pada Hari Sabtu 3.7.2010, dimulakan dengan kereta kancil (adik yang pandu), 1 km lagi ke Rawang, naik panas - berhenti - air kering- rupanya adik lupa tutup tangki air - elok je tutup tu duduk disebelah tangki, nasib baik tak jatuh - 3 botol air - nasib baik ayob ada bawa air - saya naik risau - kerana xpernah berhenti ditengah lebuh raya. Syukur Alhamdulillah kami bertolak semula.
Petang tu kami ke Shah Alam, nak tengok lokasi tempat pendaftaran dan terus buat MC ayob di Klinik Anis. Dukacita ayob ada gelukos, darah tinggi dan obersiti. ayob susah hati dan kami beri semangat supaya ayob jaga kesihatan.
Hari Ahat 4.7.2010, hantar ayob, di stesen Minyak Jalan Duta - kereta ayob pula bateri lemah - bertolak baru boleh jalan, sampai Shah Alam - gelap gelita macam malam, hujan ribut dan petir. teringat semula- ayob memang suka hujan, masa pendaftaran masuk belajar ke UUM sintok, Disember 2005, banjir besar utara Kedah dan Perlis, masa konvokesyen ayob Oktober 2009, hujan lebat juga dari pagi hingga petang, ini mendaftar masuk kursus perguruan pun hujan, saya redho dan berserah diri pada Allah.
Selepas mendaftar di tempat kursus di Syeksen 7, pergi pula mendaftar di Kolej jati Syeksen 2, hujan masih lebat, saya ikut ayob naik atas tingkat 4 biliknya. Adik dan putri tinggal dalam kereta. Dah tengok tempat tinggal baru lega rasa hati. Biasalah tinggal di Asrama tentulah kereta tak boleh masuk kawasan kolej. pening pula mana nak letak kereta waktu malam. ayob diberi pilihan samada nak duduk di rumah sewa atau jangan bawa kereta.
kemudian petang tu kami balik semula ke gombak rumah akak. ayob kelas jam 6.00 ptg. pergi pula beli bateri kereta. nasib baik ayob ada duit simpanan. belas pula aku melihat anak aku ni, kerana tak sangka muda2 lagi dah ada penyakit. ibu nasihatkan ayob berpantang makan, jangan ambil gula lagi.
padi isnin 5.7.2010 saya ke pasar gombak, beli buah peria dan epal buat jus untuk ayob, supaya turunkan gula. hanyak ini saya iktiar yang dapat ibu buatkan untuk ayob. jam 10.00 pagi saya dan anak-anak balik ke Ipoh sambil berdoa pada Allah semoga ayob tabah ditempat belajar, dan ayob terus ke Shah Alam.
Semoga anak-anak ku semua selamat. walaupun tanggungjawab mengurus anak2 ini aku seorang diri namun aku bersyukur dan tabah hati, bila aku fikirkan, aku ni seperti tiada berpasangan, kerana pasangan aku langsung nak ambil peduli hal anak2. aku sedih dan sayu...tapi tak apa, anak2 semua sayang pada aku. dan aku bersyukur kerana Allah memberi kejayaan pada anak2 ku Alhamdulillah.
Wahai anak2ku...belajar sehingga berjaya, carilah rezeki yang halal, sambil jaga kesihatan, jaga nama baik keluarga, Jangan lupa pada Allah, solat jangan tinggal, bersyukur padaNya yang telah memberi rahmat hidayat pada kita - Insyallah.
Sesama ibu menulis blog ni, ibu dapat panggilan dari ayob, ayob dah jumpa doktor, gelukos ayob dan turun sikit, ayob kata ibu jangan risau, mulai saat ini, ayob jaga makan. tak ambil manis dah.