Pages

Tuesday, March 30, 2010

petang yang dingin

waktu menulis ni saya masih di hospital Ampang. ita keluar petang ini. tunggu dia skan jap, tengok baby. aku bersyukur sangat2 kerana ita telah selamat. harapan dia boleh terus mengandung. tadi aku terima telefon dari suami beri semangat untuk Ita. alhamdullah....sekurangnya dia ingat anak dan kami semua. hari ini mendung dan hujan. siap-siap nak balik ipoh, harap2 tak hujan lebat agar kami (aku, putri dan faizal) boleh balik dengan selamat. adik x balik kerana ada periksa lagi 2 kertas. minggu depan baru balik dan mungkin ita ikut balik kampong.

Sunday, March 28, 2010

wanita

ini anak permpuanku. aku bersyukur pada allah atas kurniaannya. aku sayang pada semua anak2ku. wanita sangat mengharapkan zuriatnya. aku juga sangat berharapkan cucu sulung ku. tapi dugaan dtang lagi. dua hari sudah dapat berita dia mengandung lagi, tapi ada masaalah, masalah lagi....lagi hebat dugaan allah kali ini. ada cyst pula bersma kandungan itu, mesti dibuang. dia redho dan akupun. semalam aku berlari ke KL melihat keadaannya. sejam aku bersama anak2 yang lain & suaminya...syukur alhamdullah, selamat pembedahan itu, kandungannya selamat. harap dia boleh terus mengandung. kini aku masih di KL, malam nanti nak balik ke ipoh. besok ada temujanji dengan doktor hospital ipoh. ita keluar hari selasa. dia dapat cuti 4 minggu. aku nak ajak dia balik ke ipoh tapi dia kata nak bercuti di kl saja. dan aku akan ke KL hujung mingg. harap kalian doakan untuk ita.

Wednesday, March 24, 2010

Cerita Sitenggang zaman moden

Al kesah cerita anak Si tenggang zaman moden.Pada suatu malam adik perempuan (1 bapa, mak lain) sitenggang, bersama suami, terserempak dengan sitenggang, di pusat makanan daerah keramat. adik dalam hati cuba nak pergi jumpa....maklum le abang walaupun abang tiri, tapi dah bertahun tak jumpa...rindu tu mungkin ada. Waktu itu sitenggang dalam kereta warna hitam, adik ingat no keretanya, sah itu abangnya....bersama seorang wanita. mungkin isteri ataupun orang lain....lepas makan, baru masuk kereta. si tenggang cuba mengelak dengan menutup mukanya ke stering kereta. macam tak nak dikenal pasti. si adik menarik hasrat untuk berjumpa kerana mungkin dia tak mahu berjumpa dengan semua keluarga. Dengan adik tak mahu jumpa, dengan ayah dan mak tak mahu tengok....mak sitenggang tidak pula meronta-ronta nak jumpa anaknya macam cerita dongeng sitenggang zaman dulu hingga sumpah jadi batu. tapi sitenggang ini lambak duit pada mak ayahnya banyak2 untuk tutup mulut. jadi mak ayah sitenggang tak hairan le tak balik pun, balik pun menyusahkan hati mak je.....biar le....mereka jadi sitenggang zaman moden. cakap banyak2 pun tak guna. kita pula yang susah hati, mereka tak pun. yang pelik tu kenapa sitenggang ini marah sangar kat kami...pelik le,,,

Monday, March 22, 2010

berjalan ke pejabat audit

Hari ini mami, GB dan Pura pergi ke pejabat audit. pembentangan laporan Audit kewangan tahun 2009. Alhamdulillah. tiada teguran dan tahniah pada Pura yang menjalankan tugas PT Kewangan yang cekap. mami dah lalui segalanya. Lepas tu GB belanja kami makan di Restoran ayu depan bangunan audit. nama me nya Me Sanggul Kerepot. sedap....boleh le tahan..TK pada GB yang pertama kali keluar dengannya dan belanja makan.

Friday, March 19, 2010

Menjejak anak saudari

Nama kakak ku Maheran bt abdul Wahab. sekarang tinggal di Felda Sg Koyan 3 Raub Pahang.Kakak ku ibu tunggal. suaminya dah meninggal beberapa tahun lalu. Aku memang sayang kat kakak ku ini. Ibu meninggal umur ku 5 tahun. sejak itu kakak le yang membela aku. bila dia pindah ke Felda Sg Koyan mengikut suaminya waktu itu, aku kecewa sangat. sekarang ni aku teringat kat dia....sehat ke dia...bagaimana kehidupannya kini....aku lama xjumpa dia.
masa sebelum pindah ke Sg Koyan, kakak ku pernah bagi pada sepasang suami isteri seorang anak lelaki yang baru lahir, kakak ku berniat, anak yang ketiganya akan diberi pada orang. pasangan itu, suaminya berkerja sebagai seorang askar di Ulu Kinta Tg Rambutan Perak. pasangan itu berasal dari Kelantan. selepas dia ambik anak kakak ku itu, pasangan itu terus berpindah ke Kelantan. Dengar ceritanya, pasangan itu minta tukar balik ke Kelantan kerana takut kakak ku suami isteri nak mengambil anak itu balik. kini dah 40 tahun lebih peristiwa itu berlaku. sehingga kini tak tahu kemana anak saudara aku itu. dimana rumahtangganya. kakak ku pernah mencari anaknya itu, tapi tak tahu le berhasil atau tidak. kalau le anak saudara ku ini membaca blok makcik ini, sila le berhubung, dan beri le tahu, bahawa kamu itu berasal dari Kg Kuang Chemor Perak. Kami sekeluarga ingin berjumpa dengan kamu. Malaysia ini bukan luas sangat. boleh cari mak kamu yang sebenar....mak kamu yang melahirkan kamu. ayah kamu sebenar dah meninggal dunia. adik beradik kamu ramai diKL. cuba lah.

Pemantauan

Hari ini GB arahkan aku memantau staf2 aku kat bawah, GB dah turun tapi staf2 aku xda, dia orang pegi minum. 9.15 dah keluar, keluar semua pulak tu...aku pun tunggu. hampir jam 10.00 baru masuk. dia orang terkejut jugak...... kakak harap ....jaga tugas masing2. hari ini hari jumaat. last cuti sekolah. minggu depan mula hari persekolahan, jangan buat hal lagi....cuti akan datang, rehat bergilir....walaupun minum pagi....jangan tinggal pejabat tanpa staf. ini je nasihat akak. akak tak mahu tegur banyak kali, ye jaga tugas masing2. ujung tahun nanti nak bagi prestasi...ha....jaga tugas, nanti xdapat prestasi tinggi,.

Tuesday, March 16, 2010

MENCARI CIKGU AZIZAH DAN CIKGU RASHIDAH

Saya belajar sekolah menengah di SM Aminuddin Baki Chemor 1969 - 1974. Guru yang paling saya minati dan taati ialah guru yang garang Cikgu Azizah dan Cikgu Rashidah Rashid. Cikgu Rashidah tinggal di Sungai Rokam Ipoh waktu itu. Sehingga hari ini saya tak dengar khabar berita cikgu2 ini. jalan-jalan kat Ipoh pun tak jumpa. kalaulah cikgu ada baca facebook/blog saya sila lah hantar masseg pada saya. kerana saya tercari-cari cikgu berdua. cikgu banyak mengajar saya. budi dan ilmu yang cikgu curahkan pada saya amat banyak. Cikgu Azizah - cikgu Surirumah tangga yang garang tapi saya suka - cikgu Rashidah Guru Kelas saya pun begitu - baik sentiasa tersenyum dan menyimpan seribu rahsia. saya rindu kan cikgu berdua.

Monday, March 15, 2010

Sham

Hari ini aku jumpa Facebook Sham. telah lama menghilang diri. mami tanya apa khabar...dia kata sehat...ada masalah sikit. kenapa tak balik = dia kata nanti dulu...dia pun rindu kat Aiman.yang aku fikirkan dia xrindu ke emak dan ayahnya. maknya amat merinduinya, kita duduk siang malam dengannya tahu le macam mana kesihatannya. nak cerita panjangpun x berani sebab nanti ada hati-hati yang tersinggung. cuma mami nasihatkan balik le tengok mak dan ayah....sedih betul, Ya Allah...selamatkan segalanya.

Friday, March 12, 2010

Kenduri Kahwin

Hari ini jumaat. minggu ini anak-anak di KL tak balik. Adik ada periksa, akak dan suami nak pegi Kenduri Kahwin kawan katanya. Ayob dan putri memang tinggal di rumah sama mami. Esok mami juga nak pergi rumah kenduri. 3 buah rumah. nak pegi ngan ayah (suami). hari ahad 2 buah rumah. minggu ini pergi rumah orang kenduri je. mengenai putri mami juga jadi susah hati, cikgi-cikgu komplin dia tak tumpu pada cikgu bila mengajar, aysik hayal dan melamun....tolong nasihatkan dia....tolong dia nak ambil UPSR tahun ini.

Tuesday, March 9, 2010

hati

Hati akan merasa tenang bila keadaan sekeliling tenang.
Hati akan merasa seronok bila keadaan pejabat rioh rendah dengan gelak ketawa staf2.
tugas pun dah selesai, apa lagi mari menulis tak tentu ketara.
Hati bahagia bila keadaan rumahtangga dan suami bahagia.
Hati berasa syukur bila anak-anak sehat, selamat dan berjaya dalam pelajaran dan tugas seharian.

Friday, March 5, 2010

hari Jumaat yang seronok

Hari ini anak-anak semua balik termasuk menantu. Yang Utara dah balik siap malam tadi.Yang di KL = adik balik selepas kelas petang. akak dan suami balik lepas ofis katanya. Di rumah rehat tadi sempat juga mengemas murah. kemas bilik akak dan suami,. kemas bilik ayob dan bilik adik balik karang baru kemas x sempat. Petang karang nak pegi pasar malam di Taman Temara dengan ayob nak beli makanan. wah....seronok gitu. Ya Allah ....selamatkan perjalanan anak-anak ku.

Thursday, March 4, 2010

Dugaan ditempoh mesit sabar

Hari ini kereta suami rosak - hantar bengkel - xda kenderaan. Telefon kawan - minta ambik - kawan kata xbawa kereta, sorang lagi x sampai lagi- sorang lagi segan nak minta tolong - malas nak bawa dia masuk sekali dalam masalah kita. Jadi tanpa berfikir panjang akupun berjalan kaki ke sekolah. pergi mesti pergi sebab ini arahan GB. Petang jangan ponteng tugas. Semalam minta xdatang petang nak pergi tengok kak Ipar sakit di Batu Gajah dengan suami. telafon GB - xboleh..xboleh...mesti datang pejabat balik le awal sikit. jadi akupun balik kol 4.00 ptg. Hari ini aku gagah juga pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Aku turun dari rumah jam 2.30 ptg tanpa berpesanpun dengan sesiapa, bagi sms kat GB - lewat sikit sampai sekolah sebab jalan kaki xda kenderaan.... Alhamdullillah...dengan doa yang aku baca sepanjang perjalanan, jam 3.00 ptg aku sampai dengan selamat ke sekolah. walaupun letih, penat, kerana aku ada penyakit asma, panas, kaki dah sakit, lutut dah lengoh berjalan kaki dengan berpayungkan warna pin (payung kacip fatimah) x pernah aku berjalan kaki ke sekolah tapi dengan GB ini - aku tabahkan, kuatkan iman, aku hadir juga ke pejabat. 1 saja yang aku ingat, bahawa aku xmahu teguran dan GB lagi.xmahu minta tolong dari kawan2 lagi serik dah...kalu suami xmahu hantar pun aku boleh dah jalan kaki.syukur alhamdullillah aku ingat sampai mati.sekarang aku rasa dah segar sikit. hatipun dah sejuk sikit..sampai pejabat ada acon...member tegur ...aku xmahu jawab...sebab aku penat dan letih...

Tuesday, March 2, 2010

sambung lagi hari yang sedih

Pagi aku awal...balik aku lewat....adil ke dunia ini. xpa le asalkan hati GB senang, aku redo, aku kerja lama lagi.....nak duduk sini lama lagi....dah tua-tua ni xmahu banyak simpan perasaan. Buat je kerja....inipun aku dah bersyukur...Allah dah banyak anugerahkan berbagai-bagai rahmat dan hidayat.

Hari sedih pula.

1.3.2010 aku mendapat teguran dari GB. Aku cuai mengenai masa kehadiran waktu selepas rehat. GB bagi aku rehat kelonggaran 1.30 - 2.30 ptg. tapi bagi aku yang dah tua ni xboleh....badan penat...mesti nak rehat kejap. melarat hingga 2.45 - GB perhati aku- ada member dah komplin kat GB aku selalu sampai 2.45 ptg. ok lah...tapi demo tu xnampak aku datang pagi, 7.00 am dah tercongok kat pejabat, konon waktu itu waktu sukarela, istilah GB. Ikut suka le....xmahu panjang cerita aku bagi masa baru pada GB.
pagi - 7.15 - 1.30 rehat - 1.30 - 2.45 petang 2.45 - 5.15. jadi aku balik 5.15 ptg. Jadi mulai 1.3.2010 aku balik 5.15 ptg.