Pages

Tuesday, February 23, 2010

hari yang lega.

Hari ini .......rasa lega. tugas-tugas penting telah selesai dan dah dihantar ke pejabat yang memerlukan. mami bisa menulis untuk mencurah rasa lega.
syukur....saban hari mami berdoa semoga Allah lapangkan hidup mami.
lapang - lapangkan masa
lapangkan hati dan fikiran
lapangkan hidup.

juga untuk anak-anak mami, mami juga berdoa agar anak-anak mami dilapangkan masa,
dilapangkan hati dan fikiran, dan dilapangkan hidup....Insyallah.

Lapang masa - kita tidak terburu-buru membuat sesuatu tugas, sentiasa ada masa untuk dari
pagi hingga ke malam. dapat beramal ibadat dengan tenang.

lapangkan fikiran - kita sentiasa tenang, damai, bahagia, tidak susah hati, tidak runsing dan sebagainya.

lapangkan hidup - kita sentiasa ada rezeki, tidak susah, makan dan minum, sentiasa ada duit untuk kita berbelanja. Insyallah.

Friday, February 5, 2010

Guru Besar yang baik

Di sk rapat jaya ipoh...kebetulan GBnya Encik Rustam....belajar di UIAM Gombak. sabtu dan ahad baru ada kat sekolah. Anak mami Nor fairoz nak mohon belajar di UIAM. Minta tolong dari dia, bawakan salinan permohonan, alhamdulillah....dapat fairoz belajar di situ. duduk pula asrama dekat dengan cikgu Rustam. seronok fairoz, fairoz juga telah kenal dengan cikgu Rustam sebab sebelom tu fairoz pernah menjadi ustaz ganti di sekolah Rapat Jaya. sekarang ini cikgu Rustam telah habis belajar di UIAM, dan kini telah bertukar ke SK Simpang Pulai. dan masih lagi berhubung dengan mami, kerana PT di sk simpang pulai minta tunjuk ajar tentang Kew. sekolah. pada mami ini, mami bersyukur kerana walaupun tak sehebat mana, mami puas memberi tunjuk ajar tentang apa yang mami tahu. syukur Alhamdulillah. terima kasih pada semua, GB Cikgu Rustam, Cikgu Nor Haris yang banyak tunjuk ajar juga pada mami.

sekolah kedua.

selepas sekolah sk pengkalan, mami bertukar ke sk Rapat Jaya Ipoh. pun ada portal tapi xboleh masuk. di sekolah itu pun ok. Guru Besar En.Rustam Afandy Aziz, baik.....dia amat menghargai segala tugas yang mami buat, mami menggantikan pt yang sakit, bila sakit kerja banyak le miss kan... kewangan 6 bulan tak tutup, buku tunai tak kemas, panjar wang runcit xda.... ada guru-guru yang miss gaji. pentadbiran apa tah lagi.... bukan nak bangga diri tapi ini le insan yang menguruskan segala, pt mami sorang je....bawa balik segala tugas....jam 1 atau 2 pagi baru tidor...orang tak tahu tapi tuhan tahu... tapi hati mami tenang bertugas di sk rapat jaya Ipoh. walaupun banyak kerja hati mami seronok. setahun mami disana.....berkat iklas dan tenang...mami dinaikkan pangkat ke CC. berkat sokongan Guru Besar, Prestasi dari SK pengkalan, peperiksaan yang lulus dari mami, mami berjaya.... dan ditukarkan ke SK Pengkalan Pegoh Lahat tempat mami sekarang. syukur pada mu ya ALLAH. di sini lah tempat mami mencurahkan rahsia hati, mami ada blog sendiri, yang dibuat oleh anak-anak mami. Guru Besar dan Guru Data sekolah menyediakan 1 komputer yang lengkap untuk mami...TK.

kenangan manis

mami mempunyai dua sekolah yang penuh kenangan pahit dan manis, dua sekolah ini ada portal sendiri, tapi nak masuk ke portal tu amat susah, tapi tak pe le.....masuk je le portal sendiri.
Sek.Keb.Pengkalan Lahat Perak. dibuka pada tahun 2002. Pt pertama adalah mami, mami le yang mencorak pentadbiran sekolah tu, mami datang ke sekolah tu, kosong.... tiada telefon, tiada fak,,,tiada no cukai pendapatan, tiada no kwsp, tiada no kod pembayaran gaji.....ini le insan yang bertungkus lumus melengkapkan sekolah itu, 6 tahun mami di sekolah itu, nampak macam tiada bakti yang mami lakukan, sehingga hari tu pada bulan mei 2008 mami ditukarkan ke sekolah lain. pada hari akhir di sekolah itu, banyak le hadiah terakhir yang diterima dari guru-guru. Guru Besar yang amat mami suka ialah Encik Nor Haris....baik, suka mengurus misai bila bercakap. bila mami bertukar ke sekolah lain, dia juga ditukarkan ke sekolah lain. buat masa ini dia di SK Cator Aveniu Ipoh. Terima kasih pada cikgu-cikgu di SK Pengkalan yang masih mengingat mami. PT Kew dan Petadbiran di sekolah itu, juga cikgu Nor Haris.

Wednesday, February 3, 2010

pergi buat selamanya

dan cerita kesah cintanya juga sangat sedih. nun telah menderita dengan suami telah sekian lama. hatinya disikit, jiwanya tidak dibelai lagi. sang suami telah beralih pandangan. Nun kecewa dan membiarkan dirinya begitu, dalam hatinya biarlah aku mati sebegini, dia membiarkan sakitnya, tak mahu berubat dan tak mahu bercerita tentang penyakitnya. sehingga doktor pun terkejut, kenapa dibiar penyakit ini. dengan khabarnya semalam pada hari mami sakit 31.1.2010, hari itu le dia dimasukkan ke icu, dah tak bercakap dan tak sedar diri, sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. selama 3 hari beliau tidak sedarkan diri, semalam mami menziarahi pengkebumiannya, suaminya, tak ada reasi sedihpun, nampak macam satu kelegaan buatnya. apa jenis suami tak tahu le. semasa emak saudari mami mengapankannya semalam, ada kesan luka dibelakangnya, seperti cawan disumbat dengan kain. doktor tak boleh buat apa dah. dan emak saudari mami, panggil suami dan anak-anaknya, mencium buat kali terakhir, emak kata, "kalau baik ke, kalau buruk ke, ini adalah yang terakhir. insaf lah kalian, kata emak saudara. Mami juga insaf, doa pada Tuhan, jangan le aku jadi begini, aku ingin taat pada suami, jangan berdosa dengan suami, supaya suami sayang pada kita.

sepupu yang rapat pergi buat selamanya.

Jam 2.45 pagi pada 2.2.2010, abang mami dari kampong Kuang Chemor, tepon, beritahu bahawa sepupu mami namanya Nun (paggilan manja) telah pergi buat selamanya. nun adalah adik sepupu yang rapat dengan mami. masa remajanya, kesah cinta dan kasihsayangnya pada suaminya (suami yang dicintainya) mami yang tahu, mami le yang tukang tulis surat cintanya, sebab Nun kurang sikit tahu menulis, jadi mami tukang tulis surat sehingga le mereka mendirikan rumahtangga. setelah mendirkan rumahtangga, tugas mami dah selesai, mereka telah menjadi suamiisteri yang sah, hati mami tak bimbang lagi, Nun suami isteri tinggal di Taiping Perak. Kesah hidup mereka jarang mami tahu, kerana bila mami pun berumahtangga dengan ayah Ita sekerang ini, kami membawa haluan masing2. sehingga lah hari ini mami tau rupanya, hidupnya menderita....mengidap kencing manis, dah tak boleh baca, jujuk jarum sendiri, 4 kali sehari, darang tinggi, ada bisol dibelakangnya dalam masa 3 hari merebak ke buah pinggang dan otak. Ya.Allah......seksanya hidupnya.

Dugaan Allah

pada 31.1.2010 mami menerima dugaan Allah. sebelum tu dah dua hari mami penat, batuk terlalu kuat. pada pagi itu mami tak tahan dah. mami kejutkan adik (fairoz) dan ayob (faizal) serta anak bongsu (putri) bawa mami ke hospital. mami asma, susah nak bernafas. sampai hospital terus anak-anak bawa ke wad kecemesan, mami dibantu dengan oksijen. mami masuk wad sekerat hari, lima tiup oksijen dan dua tiub ubat melalui jarum. mami tak pernah lagi macam ini. agaknya permulaan 2010, menyuruh mami insaf dan sedar bahawa mami dah semakin tua dan penyakit akan selalu berkunjung. pada petang tu ada kurang sikit, tapi mami letih. pada 1.2.2010 doktor menasihati kalau penat lagi datang perisa doktor. tapi mami rasa nam ambil cuti rehat je.