Pages

Thursday, October 22, 2009

hot juga

hari ini aku hot juga. kerja banyak, elaun orang nak dibayar, tapi elaun sendiri tak ada.
bantuan kewangan hanyak 500 saja tapi kerja setengah mati. nak buat borang ini , nak buat laporan itu. hi... fedup. pt sekor ni ashik nak kondem orang je. macam dia pandai no buat kerja. alahai.... ini yang buat tensen dan fedup.
suasana pejabat pulak bising, nak besarkan pejabat, bising..... balik le nak tengok cerita sumpah bunian tv3 bay.....

Wednesday, October 21, 2009

Hari-hari biasa

Hari ini ada sedikit waktu untuk menaip. di pejabat agak rioh sikit. sebab bayar BKK rm 500.00 tapi kerja setengah mati. rioh bukan apa, sebab tak da bonos. bising le, kalau ada bonos senyap le. nak tunggut belajawan jumaat ini. nak tunggu bonos je. harap najib bagi bonos. bukan apa, memang le orang kerajaan ini manja, kerja bawah akon, ada waktu rehat makan dan minum, bersembang.... tapi orang semacam aku ni, perlu duit hujung tahun. banyak benda nak setel. jadi itu sebab perlukan bonos. orang banyak duit simpanan lain le....bonos xperlu, tapi bagi aku perlu...perlu ye....1 malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. jadi jangan lupa rakyat miskin seperti aku ni ye....
Di rumah agak tenang...suami ok,....kak bitah dah sehat.... namun si Karim masih tak dengar berita. usahkan balik, tepon pun tidak. mak dah menong je ...menongkat dai. nak cerita pasal si karim ni...dia ada anak sorang, dibela oleh ayah dan mak ni dari kecik lagi, OKU lagi....tak pikirpun dia nak tengok anak ni. dah 9 tahun, dia nak tengok ke, bela ke, tidak. ini lah si karim, karim...karim....

Monday, October 19, 2009

anak-anak semua.

pada anak-anak mak semua, yang ada 4 orang ni. mak juga dah tua, dah 53 tahun umur mak. mak ada penyakit 5 serangkai, tapi mak ada talian hayat. 10 biji sehari makan ubat. mak masih bertugas, tapi tugas mak sejak naik pangkat ni, kurang sikit tugas yang berat. itulah sebabnya mak ada masa menulis blog ini. doakan mak sehat dan tenang ye. jangan buat mak macam mak tua ye... sekarang ini mak terpaksa buat dua rumah, kejap ke sebelah. kejap layan anak-anak, kejap layan suami dan mak tua. hanya mak serahkan segala pada yang esa. mak buat iklas. harap dapat ganjaran dunia dan akhirat. Isyaallah.

13.10.2009

Tarikh itu adalah tarikh ulang tahun perkahwinan ku yang ke 30. Tidak ada pergaduhan dan tidak perkara yang romantik. malahan petang itu aku ada taklimat aset di PPD Kinta. alhamdullillah suami yang hantar. tapi balik petang tu jam 5.00 aku kena toche lagi pasal anak-anak. biasa le, isu anak2 dan anak menantu sampai padam pun tak abis.

Hari ini 2 kali suami menelepon aku kat sekolah. selalu tak pernah tepon pun. satu perkembangan yang menarik. sejak kak rabitah sakit ni suami nampak sedikit sejuk. syukur. aku menunggu kebesaran mu Ya Allah untuk menyatukan kembali keluargaku.

Friday, October 16, 2009

anak-anak.

pada anak-anak yang ada kelapangan, balik le tengok mak. (rabitah) Dia terlalu banyak merindu. cik am bukan nak memandai tapi kesihan le mak tu, dia dah pegi ke hospital ayah bawa. doktor kata dia tak sakit apa-apa. darah tinggi tak ada, kencing manis tak ada, tapi dia ada sakit tekanan, aku cuma dapat berdoa agar jangan jadi apa-apa. berdoa supaya dia sehat seprti biasa.

Hari esok tak tahu apakan terjadi

balik tengah hari tadi, suami bagi tahu, kak bi jatuh kat singki. puncanya tak tahu kenapa. kak bi macam tak berdaya. aku terpaksa mengambil alih tugas, ari aku rehat, takda rehat. aku ke sekolah petang ini kak bi rehat dan tido. dengan cerita suami pagi tadi, dia jatuh sampai tercirit2. suami kata jenuh pula membasihnya. aku risau, sebab kak bi takpernah sakit begini. nak tanya dia tak ingat. yang aku tahu kak bi sakit tensen. tensen kerana anak-anak menantu, tensen cucu. dan suami. suami telah banyak menolong dalam soal mendidikan cucu, sekolah suami yang hantar cucu. tak tahu le.hidup ni macam-macam.